spot_img
HomeSukanSabah FC perlu bangkit dapatkan semula rentak permainan

Sabah FC perlu bangkit dapatkan semula rentak permainan

KOTA KINABALU : Sabah FC perlu bangkit dan mendapatkan semula rentak permainan untuk mencapai keputusan yang lebih baik khususnya apabila bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Sabah FC akan bertemu dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini pukul 9:15 malam.

Ketua Jurulatih skuad The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee berkata pasukannya tidak boleh mengambil kira apa juga keputusan yang dicapai sebelum ini selepas pasukan kendaliannya turut tewas kepada Kuala Lumpur City FC di gelanggang lawan.

Kim Swee berkata Kedah merupakan satu pasukan yang cukup kuat sebelum liga belum bermula lagi. Ini terbukti dengan kedudukan mereka sekarang selepas tewas kepada pasukan Selangor, mereka bangkit menewaskan pasukan Penang FC.

“Kita tidak boleh mengambil kira apa keputusan yang telah kita capai sebelum ini selepas kita juga tewas kepada pasukan KL City FC di mana saya percaya pasukan Kedah merupakan pasukan yang lebih seimbang,” tambahnya.

“Kita harus pastikan kita mendapatkan rentak kita semula untuk mencapai satu keputusan yang baik,” tambahnya lagi.

Menurut Kim Swee, penyerang import dari Brazil, Neto Pessoa kini masih lagi mengalami kecederaan dan perlu mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

Katanya beliau mempunyai ramai pemain yang berupaya mengambil alih posisi Neto sementara proses pemulihan dari kecederaan selesai.

Kim Swee berkata, ini penting dalam saingan liga yang begitu panjang. Kecederaan, penggantungan disebabkan kad kuning, harus kita terima dan memastikan sesiapa sahaja yang tersenarai menggantikan pemain-pemain utama boleh menjalankan tugas dengan baik.

“Saya percaya juga semua pemain telah bersedia untuk diturunkan dalam pertembungan menentang Kedah esok bagi memastikan kita bermain dengan lebih baik seperti yang ditunjukkan ketika menentang pasukan KL City FC,” tambahnya. – Sabah FC

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular