spot_img
HomePolitikKenyataan Wira Putatan mengelirukan - Reduan Aklee

Kenyataan Wira Putatan mengelirukan – Reduan Aklee

Kota Kinabalu: Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPMM) kawasan N22 Tanjung Aru, Reduan Aklee, meminta diperbetulkan semula kenyataan yang dibuat oleh Ketua Wira Putatan, berhubung bantuan bencana bagi mangsa Kampung Tanjung Aru baru-baru ini.

Sebelum ini, pada sabtu lalu, Ketua Wira Putatan, Firdaus Diun memuatnaik sebuah kenyataan di laman facebook peribadinya, berkait permohonan khas bencana air pasang di Tanjung Aru, sekaligus melontarkan ucapan tahniah kepada YB Adun Datuk Junz Wong atas usahanya membela nasib penduduk di Tanjung Aru.

Walaubagaimanapun, kenyataan berkenaan telah dibidas oleh Reduan Aklee yang mana menyifatkan kenyataan tidak berasas Ketua Wira Putatan tersebut adalah mengelirukan dan perlu diperbetulkan semula.

“Saya berpendapat kenyataan ini adalah tidak benar dan mengelirukan serta perlu diperbetulkan,” ujarnya.

“Selepas bencana pertama berlaku, saya telah mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat agar bantuan dapat diberikan pihak kerajaan”

Dalam pada itu, beliau turut meminta Firdaus Diun merujuk semula tarikh-tarikh penting kronologi permohonan yang dilaksanakan UPMM, yang didakwa bertindak lebih awal berbanding pihak sebelah sana.

“Jika benar bantuan yang disampaikan oleh saya adalah hasil permohonan yang dibuat oleh YB N22 Tanjunag Aru seperti yang dinyatakan oleh Saudara Firdaus, bagaimana pula waran peruntukan yang dikeluarkan lebih awal daripada permohonan beliau?”

Kata Reduan, beliau tidak berkeinginan sama sekali untuk berselisih faham hanya disebabkan perkara sedemikian. Niat asal beliau hanyalah ingin membela nasib rakyat khususnya mangsa bencana di Tanjung Aru.

“Namun fakta tetap fakta. Bantuan yang saya sampaikan kepada mangsa bencana tempoh hari tidak ada kena mengena dengan usaha pihak sebelah. Ianya (kenyataan) perlu dan wajib diperbetulkan bukan dibiarkan terus menerus sehingga mengelirukan rakyat,”

“Saya berkhidmat bukan menggunakan air liur sahaja. Setiap khidmat saya diterjemahkan dengan tindakan.” Tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular