KOTA KINABALU : Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu telah berjaya menumpaskan cubaan menyeludup minuman keras semalam.
PPM Kota Kinabalu telah membuat serbuan dan pemeriksaan bot laju 3 enjin dan sebuah kenderaan di kawasan anak sungai di Menumbok dalam satu Operasi semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu ASP Roslan Bin Awang berkata dalam operasi itu, tiga lelaki dewasa berumur lingkungan 28 hingga 31 tahun telah di tahan.
Pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas sebuah bot laju dan sebuah kenderaan telah menjumpai beberapa karton pelbagai jenis minuman keras sedang dipunggah dari bot laju ke atas sebuah kenderaan.
Menurut Roslan, tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Menumbok untuk tindakan selanjutnya. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM556,665.00. Kes di siasat dibawah Akta Kastam 1967.
Kesempatan itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan masyarakat terutama masyarakat Maritim dan Persisir Pantai untuk menyalurkan maklumat melalui aplikasi whatsApp ke talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.