KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah telah melaksanakan beberapa operasi penguatkuasaan di lima daerah iaitu Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan, Lahad Datu dan Semporna bagi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Di Kota Kinabalu, beberapa siri operasi seperti Ops Kutip, Selera, Sapu dan Gegar yang dijalankan telah memeriksa seramai 272 individu dan seramai 32 warga asing telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Tangkapan melibatkan warga Filipina iaitu 06 lelaki dewasa, 17 perempuan dewasa dan 01 lelaki dewasa warga India. Manakala bagi warga Indonesia melibatkan 04 lelaki dewasa dan 02 perempuan dewasa, 01 kanak-kanak perempuan serta 01 lelaki dewasa warga Pakistan.
Manakala di daerah Keningau, Ops Sapu yang dilaksanakan telah memeriksa seramai 44 individu dan seramai 26 warga asing telah ditahan terdiri warga Filipina yang melibatkan 06 lelaki dewasa, 8 perempuan dewasa, 04 kanak-kanak lelaki dan 6 kanak-kanak perempuan manakala bagi warga Indonesia melibatkan 02 lelaki dewasa.
Sementara itu di daerah Sandakan, Ops Mahir yang dilaksanakan telah memeriksa seramai 84 individu dan seramai 24 warga asing telah ditahan terdiri warga Filipina yang melibatkan 09 lelaki dewasa, 09 perempuan dewasa, 01 kanak-kanak lelaki dan 01 kanak-kanak perempuan.
Seterusnya warga Indonesia melibatkan 02 lelaki dewasa, 01 perempuan dewasa dan 01 kanak-kanak perempuan.
Bagi daerah Lahad Datu pula, Operasi Penguatkuasaan yang dijalankan seperti Ops Selera, Jaja, Sapu dan Kutip yang dilaksanakan telah memeriksa seramai 114 individu dan seramai 33 warga asing telah ditahan terdiri daripada warga Filipina yang melibatkan 10 lelaki dewasa, 15 perempuan dewasa dan 02 kanak-kanak perempuan. Bagi warga Indonesia melibatkan 04 lelaki dewasa dan 02 lelaki dewasa warga Pakistan.
Operasi penguatkuasaan di daerah Semporna seperti Ops Sapu dan Kutip yang dilaksanakan telah memeriksa seramai 27 individu dan seramai 15 warga asing telah ditahan terdiri daripada warga China yang melibatkan 12 lelaki dewasa dan 03 lelaki dewasa warga Pakistan.
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara. – JIM Sabah


