spot_img
HomeSukanTiga pemain import rancakkan Sabah FC

Tiga pemain import rancakkan Sabah FC

KOTA KINABALU : Bekas pemain pertahanan kelab terkemuka di Brazil, Sao Paulo iaitu Jackson de Souza, 31, adalah antara tiga pemain import yang diumumkan Sabah FC bagi memperkuat cabaran pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Sabah FC memaklumkan pasukan itu turut mendapatkan dua pemain bagi posisi penyerang iaitu Altemir Cordeiro Pessoa Neto, 27, juga dari Brazil dan Taiki Kagayama, 25, dari Jepun.

Kenyataan itu juga menyebut De Souza mula bermain secara profesional untuk Sao Paulo dari 2008 hingga 2010 selain sembilan kelab lain di Amerika Selatan hingga tahun lalu antaranya Internacional dan Palmeiras.

Menurut kenyataan, De Souza membuat 205 kemunculan bersama kelab yang diwakilinya dan berjaya menjaringkan sebanyak 11 gol. Kelab terakhir yang diwakilinya ialah Fortaleza Esporte Clube di Brazil.

Manakala Neto pula mula bermain secara profesional bersama kelab Placidi De Castro di Brazil pada 2013 hingga tahun lalu dan menyertai sembilan kelab lain di Amerika Selatan yang menyaksikan 158 penampilan dengan 50 gol manakala kelab terakhir diwakilinya ialah Clube do Remo.

Kagayama pernah beraksi di Eropah iaitu di Finland bersama tiga kelab antara 2019 hingga 2021 dan melakukan 67 penampilan dengan 15 gol manakala kelab terakhir diwakilinya ialah FC Inter Turku.

Musim ini, Sabah mengekalkan dua pemain import iaitu pemain pertahanan Park Tae Soo dari Korea Selatan serta pemain sayap Saddil Ramdani dari Indonesia.

Dengan pengumuman tiga pemain import, skuad The Rhinos telah melengkapkan kuota pemain importnya.

Datuk Ong Kim Swee berkata kehadiran ketiga-tiga pemain import tersebut dilihat akan membawa perubahan kepada strategi permainan yang sedang dicaturnya untuk pasukan itu.- HM

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular