spot_img
HomeSemasaLebih 11 juta populasi dewasa terima suntikan dos penggalak

Lebih 11 juta populasi dewasa terima suntikan dos penggalak

KUALA LUMPUR: Setakat semalam, jumlah individu dewasa yang menerima dos penggalak vaksin COVID-19 di negara ini, telah mencecah seramai 11 889 785 orang.

Bagaimanapun, berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, jumlah individu dewasa yang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, mencecah 97.9 peratus atau 22 924 199 orang. Manakala 99.1 peratus yang lain, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Disusuli populasi remaja pula, mencatatkan sebanyak 88.6 peratus atau 2 787 942 orang telah melengkapkan vaksinasi. Sementara 91.1 peratus atau 2 867 942 orang remaja, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pula, telah menjadi sebanyak 63 466 293 dos, disebabkan oleh pemberian dos sebanyak 78 731 dos vaksin, melibatkan 510 dos pertama, 728 dos kedua dan 77 493 dos penggalak, semalam.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan (KKM), semalam lapan kematian akibat COVID-19 dilaporkan. Dua catatan di Johor, tiga di perak dan masing-masing satu kematian di Melaka, Pahang dan Terengganu. – Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular