spot_img
HomeSemasaKolam renang Kompleks Sukan Tawau, dibuka pada Mei ini

Kolam renang Kompleks Sukan Tawau, dibuka pada Mei ini

TAWAU: Kemudahan kolam renang di Kompleks Sukan Tawau yang siap pada Disember tahun lepas akan dibuka kepada orang ramai pada Mei ini.

Menurut Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy, pembinaan kolam renang bernilai RM11 juta itu amat dinanti-nantikan oleh penduduk Tawau.

Beliau turut menyatakan bahawa kerja-kerja pembinaan tergendala akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dengan siapnya projek ini, kita tahu ada dua kolam renang bertaraf nasional di sini dan saya berharap dengan kemudahan ini dapat memberi inspirasi dan melahirkan atlet renang dari Tawau,” katanya selepas majlis penyerahan projek kolam renang itu daripada pihak Jabatan Kerja Raya kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Jelas beliau, Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) akan menyediakan kemudahan-kemudahan lain di kompleks sukan itu secara berperingkat.

Kini, Sabah mempunyai enam kolam renang di peringkat kebangsaan.

Sementara itu, beliau menasihatkan masyarakat agar bersama-sama menjaga kemudahan awam yang disediakan serta kebersihan terutama di kompleks sukan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular