spot_img
HomeJenayah7 individu ditahan kes dadah di Sipitang

7 individu ditahan kes dadah di Sipitang

SIPITANG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Sipitang telah menahan 7 individu yang terlibat dengan kes jenayah dadah bermula dari 9 Februari sehingga 17 Februari, tahun ini.

Tangkapan pertama yang dilakukan pada tanggal 9 Februari telah menahan 2 orang lelaki tempatan berumur 20an di sebuah rumah di Kampung Petarikan Sindumin. Pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak BSJN IPD Sipitang turut mendapati satu plastik kecil berisi ketulan hablur disyaki dadah Jenis Syabu yang dianggarkan seberat 0.07 gram.

Saringan awal polis turut mendapati kedua suspek positif dadah jenis Ampethamine dan Methapethamine manakala salah seorang dari mereka turut mempunyai 4 rekod lampau kesalahan dadah Syabu.

Tangkapan kedua iaitu pada 12 Februari, BSJN Sipitang telah menangkap seorang perempuan berusia 40an, di sebuah rumah yang terletak di Kampung Pelakat Sipitang.

Pada 12 Februari pula, BSJN Sipitang telah menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 20an yang disyaki penagih dadah di Jalan Long Kinangan Sindumin Sipitang. Pihak polis turut merampas dadah jenis Syabu seberat 0.12 gram dalam tangkapan tersebut.

Saringan awal yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis Meth dan Amp. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1951.

Tangkapan yang seterusnya pula telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 50an di Jalan Samur Sindumin.

Siasatan awal polis turut menemukan 2 paket plastik berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis Syabu yang dianggarkan seberat 0.20 gram.

Pada masa yang sama, suspek didapati positif dadah jenis Meth dan Amp dan mempunyai 6 rekod lampau kesalahan dadah jenis syabu. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada 17 Februari pula, satu tangkapan terhadap dua orang lelaki tempatan berusia 40 dan 50an, di Jalan Kampung Muhibbah dan Jalan Sindumin, Sipitang. Siasatan awal turut mendapati kedua suspek memiliki dadah jenis syabu seberat 0.08 dan 0.37 gram.

Menurut laporan, kedua suspek juga turut mempunyai satu rekod lampau atas kesalahan yang sama. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Susulan itu, suspek yang mempunyai lebih dari 2 rekod kesalahan lampau jenayah dadah akan dituduh di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori penjara selama 5 tahun.

Pihak BSJN IPD Sipitang turut memohon Kerjasama dari masyarakat Sipitang untuk terus menyalurkan maklumat  berkenaan jenayah dadah kepada pihak polis untuk membantu membanteras jenayah dadah di daerah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular