spot_img
HomeEkonomiSimpanan KWSP itu duit kami, mudahkanlah pengeluaran RM10,000 secara one-off - Nitezen

Simpanan KWSP itu duit kami, mudahkanlah pengeluaran RM10,000 secara one-off – Nitezen

Selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum keuntungan RM48.03 billion baru-baru ini, rakyat semakin mendesak kepada kerajaan agar membenarkan pengeluaran i-Citra RM10,000 secara one-off.

Dalam ruang komen demisabah.com pelbagai keluhan rakyat dan saranan diutarakan agar kerajaan dengar keluhan golongan yang memerlukan, duit simpanan KWSP mereka.

Duit tu hak rakyat titik peluh rakyat.. bila rakyat memerlukan dlm keadaan covid nie permudahkanlah.. fikirlah rakyat sedang susah.. kamu mudahkan urusan rakyat Allah akan permudahkan kamu,” kata Awieza Anis.

“Tolong bagila duit tuu…nk pinjaman bank x layak…nk pinjam tekun.. byk cekadak…nk pinjam ahlong…takut…nk duit sendiri jer…harap paham masaalah org lain,” kata Shamsuriudin Samtini.

Jika dilihat diruang komen berita tentang KWSP untung, pencarum desak benarkan pengeluaran i-Citra sebantak RM10,00, rakyat kelihatan terdesak dan tersepit dalam kehidupan kini.

Pelbagai golongan menyuarakan pengeluaran ini, malangnya pihak berkenaan bagaikan tutup mata dan telinga. Ibaratkan itik dimandikan tidakkan basah.

“Kemanakah hilangnya keuntungan kwsp???? Pencarum mintak 10k pun jenuh beralasan, berkajian, beranalisis, andaian & segala mcm hujah.Kami mahu 10k one off diluluskan,” kata Norazlina Hashim.

“Pencarum nak 10k kwsp, hutang dah paras leher. Nak pinjam x lepas rekod ctos x cantik. Semuanya angkara PKP,” kata Muhammad Al Fateh.

Suarakan pun sudah disuarakan, menjerit sudah, marahpun sudah. Rakyat hanya menanti keputusan kerajaan untuk meluluskan.

Kelihatan rakyat sangat mengharapkan pihak kerajaan meluluskan pengeluaran i-Citra RM10,000 secara one-off ini.

Apa salahnya rakyat meminta duit mereka dikeluarkan untuk menampung kehidupan ketika ini, ramai yang susah akibat covid-19 dan bencana banjir melanda negara.

Dengarlah keluhan rakyat kerana rakyat menentukan tampuk pimpinan kerajaan. Jangan biarkan mereka susah, kerajaan bantulah mereka. Untung pun sudah untung, apa salahnya keuntungan itu salurkan kepada rakyat, sebab itu duit rakyat.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular