spot_img
HomeSemasaBot karam di Kunak, dua lemas, dua masih hilang

Bot karam di Kunak, dua lemas, dua masih hilang

Kunak: Dua mangsa ditemukan maut, selepas bot yang mereka naiki karam dalam kejadian di Pulau Tagabua, Perairan Madai, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7 malam, melibatkan kejadian bot karam yang dinaiki empat individu termasuk dua mangsa yang masih hilang.

“Susulan itu, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama tiga jentera termasuk bot penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat”

“Dilaporkan dua mangsa ditemukan lemas oleh orang awam, manakala dua lagi masih hilang,”

Katanya, pasukan bomba sudah mengambil maklumat terperinci untuk membuka Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Setakat ini mangsa yang dilaporkan hilang masih belum ditemukan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular