spot_img
HomeJenayahSeorang lelaki tempatan ditahan, kes dadah di Papar

Seorang lelaki tempatan ditahan, kes dadah di Papar

PAPAR – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Papar berjaya menangkap seorang lelaki tempatan melibatkan kes dadah.

Suspek berumur 50-an itu ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

DSP Batholomew Ak Umpit, Ketua Polis Papar berkata, pihak polis merampas dadah seberat 0.20 gram milik suspek dan suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Hasil tangkapan ini adalah kejayaan daripada usaha keras PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah dan mencegah kegiatan jenayah yang berlaku di daerah Papar,” katanya.

DSP Batholomew memberi nasihat kepada orang ramai segera membuat laporan kepada pihak PDRM, sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan dadah di kawasan Papar, bersama membanteras jenayah.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular