spot_img
HomeSukanRozaimi akan hadir sesi pemilihan, Kim Swee tentukan senarai pemain Sabah FC

Rozaimi akan hadir sesi pemilihan, Kim Swee tentukan senarai pemain Sabah FC

Kota Kinabalu: Tular satu gambar di media sosial, bekas pemain bola sepak kebangsaan Rozaimi Abdul Rahman bersama Datuk Jelani Hamdan, Pengarah Sabah FC dan lagenda bola sepak Sabah, Matlan Marjan sedang berbual santai di sebuah restoran.

Gambar ini menimbulkan spekulasi banyak pihak termasuk penyokong setia Sang Badak. Oleh itu, Wartawan demisabah sempat menghubungi Datuk Jelani untuk mengulas lanjut mengenai perkara ini.

Datuk Jelani yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata, pihak pengurusan tidak mengetepikan pemain-pemain daripada Sabah mahupun pemain dari semenanjung untuk menyertai pemilihan bersama pasukan Sabah FC.

“Mereka yang memiliki kebolehan dan potensi boleh menyertai sesi pemilihan tersebut termasuklah Rozaimi”

“Sebelum isu ini tular, saya telah berjumpa dengan saudara Rozaimi sebanyak tiga kali dan hari ini saya berkesempatan bersembang santai dengannya lagi. Namun, tiada perbincangan khusus tentang agenda dan hasrat beliau. Hanya sembang-sembang santai,”katanya.

Beliau juga menegaskan, kita tidak mendahului jurulatih, Datuk Ong Kim Swee mahupun Presiden Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin. Kita bersifat telus dan tidak pilih kasih ataupun menggunakan orang dalam untuk memilih para pemain Sabah FC.

“Semuanya terletak sepenuhnya kepada jurulatih untuk membuat pilihan sama ada menerima atau menolak sesiapa sahaja pemain yang datang dalam pemilihan nanti”

“Isu menggunakan orang dalam untuk memilih para pemain tidak timbul sama sekali. Bagi saudara Rozaimi pula, tidak salah untuk memberi peluang kepadanya untuk membuat ujian kecergasan kerana semuanya terserah dengan Datuk Ong Kim Swee memilih pemain yang beliau mahukan”, katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular