spot_img
HomeSemasaKementerian Pengajian Tinggi wujudkan portal baharu, mudahkan pelajar antarabangsa

Kementerian Pengajian Tinggi wujudkan portal baharu, mudahkan pelajar antarabangsa

Kuala lumpur: Education Malaysia Global Services (EMGS) bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) wujudkan portal baharu yang dikenali Discover Education Malaysia.

Portal ini diwujudkan untuk meningkatkan lagi kelicinan prosedur dan sistem pengurusan berkaitan operasi standard (SOP) bagi keutamaan pelajar antarabangsa.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, portal ini akan memudahkan pelajar antarabangsa mendapatkan maklumat mengenai Institusi Pengajian Tinggi di negara ini dan diharapkan ia boleh memberi keyakinan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pendidikan pilihan mereka,”katanya

Beliau juga berkata bahawa pembaharuan ini telah menunjukkan maklumbalas yang positif, dalam tempoh dua bulan ini, portal ini telah menerima lebih 100 ribu pengunjung dari 121 negara di seluruh dunia.

“Besar harapan saya dengan pengenalan portal ini, ianya dapat menjadi satu daripada strategi untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pendidikan pilihan di rantau ini. Selari dengan sasaran kita untuk menerima 250 ribu pelajar antarabangsa menjelang 2025”, tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular