TAWAU – Standard Operating Procedure (SOP) 1.0 telah dilancarkan oleh kerajaan dalam menangani isu peningkatan covid-19 yang telah melumpuhkan sektor pelancongan. Walaubagaimanapun, sektor ini telah kembali dibuka seiring dengan SOP baharu yang diperkenalkan semula oleh kerajaan. Pembukaan sektor ini telah meningkatkan semula sumber pendapatan jurupandu pelancong tempatan yang terjejas teruk sebelum ini.
Sehubungan dengan itu, Ilham Edy, 23, jurupandu pelancongan tempatan, berkata bahawa pembukaan sektor pelancongan berfasa telah meningkatkan semula ekonomi Sabah dan kesannya dirasai sendiri oleh beliau yang berkhidmat sebelum pandemik terutama dari aspek jurang pendapatan dalam peratusan ekonomi khususnya.
Susulan itu, beliau juga menegaskan bahawa kejadian gelombang kegagalan kesihatan ini juga telah menyebabkan banyak daripada syarikat pelancongan menghadapi masalah kewangan dan pengusaha-pengusaha tersebut terpaksa diisytihar muflis.
“Alhamdulilah, selepas pembukaan sektor pelancongan ketika ini mendapat sambutan ramai dimana pelancong datang untuk melancong ke tempat-tempat yang menarik yang telah disediakan seperti di Pulau Semporna, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.
Bukan itu sahaja tawaran perkhidmatan sewaan kenderaan yang saya jalankan turut mendapat tempat di hati pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman berjalan-jalan disekitar kawasan Sabah.” Katanya.
Beliau juga berkata bahawa perkhidmatan pelancongan kini perlulah mematuhi SOP baharu yang ditetapkan oleh kerajaan di samping masih mengamalkan penjarakan sosial ketika berada di kawasan umum, memakai pelitup muka dan sentiasa menggunakan pembasmi kuman atau kawasan terdedah serta berisiko yang menyebabkan penularan Covid-19.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau juga mematuhi SOP secara ketat bagi memastikan kepuasan pelanggan dari aspek kesihatan, keselamatan mahupun kepuasan melancong.
Diharapkan dengan pematuhan SOP baharu ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada masyarakat yang bagai katak di bawah tempurung selama 2 tahun. Walaupun kelonggaran ini diberikan namun seharusnya masyarakat menyedari bahawa ketidakpatuhan mereka akan ketetapan SOP akan membawa kepada krisis kesihatan yang lebih teruk dan menyeksa jiwa masyarakat.
“Saya berharap pembukaan sektor ini akan lebih meluas kearah untuk meningkatkan dan membaik pulih ekonomi kewangan sektor pelancongan negara dan pematuhan SOP juga haruslah sering dipantau oleh pihak berkuasa serta mengenakan tindakan yang keras sekiranya pengusaha-pengusaha industri ini tidak mengambil berat tentang nyawa dan kesihatan masyarakat yang ingin menikmati keindahan alam yang seluas lautan dan sehijau mata memandang”, tambahnya lagi.
Penulis: Noraisha Bahar