spot_img
HomeJenayahPolis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan

Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah merampas barang kawalan yang disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran di sekitar Laut Kalapuan, Semporna, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, pihak polis marin bertindak menahan dan menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah bot yang terlihat mencurigakan di Laut Kalapuan, sekitar jam 10 malam.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah mendapati beberapa jerikin berisi minyak petrol yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah sehingga RM14,681.60 dan telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Susulan itu, pasukan polis marin wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim serta menggalakkan semua untuk terus melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau melalui aplikasi Whatsapp Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular