spot_img
HomeDuniaPasar raya Hong Kong kehabisan barang

Pasar raya Hong Kong kehabisan barang

HONG KONG: Susulan daripada masalah kehabisan barang di pasaraya, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, hari ini meminta rakyatnya yang panik akibat daripada berita sekatan pergerakan agar terus bertenang sehingga pengumuman rasmi dinyatakan.

Media tempatan turut melaporkan selain daripada sekatan pergerakan, rakyat juga diminta menjalankan ujian wajib yang akan dimulakan selepas 17 Mac.

Perkara ini mencetuskan kebimbangan orang ramai yang akan diasingkan dengan ahli keluarga yang disahkan positif. Lam merayu orang ramai untuk ‘tidak mempercayai khabar angin untuk mengelakkan kebimbangan tidak berasas’. Beliau turut memberi jaminan bekalan makanan dan barangan akan dibekalkan seperti biasa.

“Orang ramai tidak perlu bimbang tentang perkara lain tetapi hanya perlu sentiasa berwaspada dan mengambil berat terhadap maklumat yang disampaikan kerajaan bagi mengelakkan daripada terpengaruh dengan khabar angin yang tidak berasas”, katanya.

Pihak berwajib bercadang melakukan ujian kepada 7.4 juta penduduk bandar itu sebanyak tiga kali dalam masa sembilan hari, dan kerajaan menasihatkan supaya orang ramai kekal berada di rumah sepanjang tempoh itu.

Pengecualian akan dibuat bagi mereka untuk keluar membeli makanan, mendapatkan rawatan perubatan dan mengekalkan operasi masyarakat.

Bandar Hong Kong kian menyaksikan lonjakan jangkitan COVID-19, kira-kira 34 kali ganda kepada lebih 34,000 semalam, berbanding hanya lebih 100 kes pada awal Februari.

Angka kematian juga dilaporkan meningkat menyebabkan keadaan di hospital dan rumah mayat awam berada pada kapasiti maksimum.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular