SIPITANG: Datuk Dr Yusof Yacob menyempurnakan Majlis Penyerahan Haiwan Korban Sempena Hari Raya Aidiladha di atas sumbangan Staff Petronas (PCFSSB) di surau Kampung Pelakat Skim Sipitang, hari ini.
Program ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) menerima 16 ekor haiwan korban diagihkan kepada 16 surau terpilih di Sipitang.
Yusof, berharap agar aidiladha akan datang esok, sumbangan haiwan korban di daerah Sipitang dapat diselaraskan, agar semua surau dan masjid tidak terlepas daripada menerima sumbangan haiwan korban.
Beliau juga menasihati semua wakil surau dan masjid, agar dapat memantau pembahagian daging korban supaya dapat di serahkan kepada yang benar-benar layak.