PUTATAN: Dakwaan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili, bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa dokumen di Sabah demi mendapat undi, mendapat pelbagai respon dari pemimpin Barisan Nasional Sabah.
Jeffery Nor Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, kenyataan ini hanya bersifat populariti untuk mendapat sokongan dalam tempoh pemilihan parti tersebut.
“Walapun ingin naikkan semangat ahli, tidak bolehlah menuduh Barisan Nasional (BN) sebegitu. Waktu ketika itu Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, pemimpin perlu bersikap jujur dan rakyat sekarang ingin lihat kejujuran dalam kepimpinan. Jangan main isu ini, hanya sekadar ingin mendapat populariti dan sokongan ahli.
“Selesaikan isu ini perlu duduk semeja, berbincang apakah solusi yang perlu dilakukan. PBS dan Barisan Nasional bersepakat membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama parti yang lain dalam membentuk kerajaan Sabah”
“Kalau ditonjolkan isu sebegini, kebersamaan dalam GRS macam tidak wujud. Apa persepsi parti-parti lain dengan gabungan ini,” katanya dalam satu wawancara di Kuala Lumpur.