spot_img
HomePolitikJangan jadi jaguh kampung, bangkit isu MA63 - Anil Sandhu

Jangan jadi jaguh kampung, bangkit isu MA63 – Anil Sandhu

KOTA KINABALU: Isu Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) atau lebih dikenali sebagai MA63 semakin hangat diperkatakan oleh pemimpin Sabah terutamanya blok pembangkang.

MA63 seringkali dijadikan bahan kempen untuk meraih sokongan rakyat apabila menjelang pilihan raya tiba. Isu Perjanjian Malaysia 1963 seperti senjata utama untuk menyerang kerajaan pada ketika itu, mahupun kini dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian P188 Lahad Datu, Dato Sri Anil Sandhu berpendapat, kesemua pemimpin Sabah mahukan MA63 ini dilaksanakan sepenuhnya dan dibuat dengan sebaiknya.

“Namun kadangkala pemimpin pembangkang ingin menjadi jaguh kampung untuk meraih populariti, membuat spekulasi sendiri untuk mengelirukan rakyat,” katanya.

Tambah Anil, pihak pembangkang suka memutarbelitkan fakta apa yang disampaikan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN), tanpa membaca ayat-ayat yang dikeluarkan dengan betul-betul.

“Jangan mahu jadi jaguh kampung,” tegasnya lagi.

Dato Sri Anil Sandhu menghadiri program Sabah Tourism Board & Tourism Malaysia di Hilton Kota Kinabalu semalam.

Terdahulu tular dimedia sosial pemimpin pembangkang menyatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar seolah-olah memperlekeh hak mutlak negeri Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif berkata menyifatkan kenyataan Bung Moktar tidak cakna mengenai MA63.

Petikan Sinar Harian menyatakan, Bung hanya menyarankan bahawa sudah tiba masanya pemimpin di Sabah bertindak dengan bijak dalam menuntut hak rakyat Sabah yang termaktub dalam MA63 daripada kerajaan pusat.

“Saya bukan tali barut, saya hanya berkata sudah tiba masanya pemimpin Sabah bertindak secara bijak dan saya tidak pernah berkata untuk menidakkan perjanjian MA63.

“Apa yang saya kata pemimpin yang bijak akan mencari jalan penyelesaian, tetapi sebaliknya pemimpin yang lemah dan rapuh akan terus memainkan isu ini walaupun dia sendiri tahu isu ini tidak akan selesai,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular