INANAM: Pemimpin sekolah bukan sekadar pentadbir, tetapi agen perubahan membentuk masa depan generasi menjadi pemimpin negara, kata Dr Zainuddin Sabu, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan Dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri.
Zainuddin yang ditemui di Majlis Penutupan Town Hall Pemantapan Amalan Terbaik Pemimpin Sekolah Terintang Negeri Sabah berkata, pemimpin sekolah menjadi tonggak modal insan berkualiti selaras dengan aspirasi Sabah.
Terdahulu, program yang berlangsung dari 4 hingga 6 Mei 2026 di Grand Hotel Inanam ini, turut dihadiri, Norman Sani, Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki mewakili Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah, Dr. Dexter Silam Pensyarah Kanan di IAB Cawangan Sabah merangkap Pengarah Pelaksana Program.
Tambah Zainuddin, program ini menjadi platform strategik dalam berkongsi amalan terbaik kepimpinan sekolah.
“Memantapkan keupayaan pengurusan pendidikan dan mempersiapkan peserta ke arah Kolokium akan datang,” katanya.
Program yang dihadiri lebih 100 orang pegawai kanan pendidikan, pensyarah, doktor, guru besar dan barisan penolong kanan sekolah daripada pelbagai daerah seperti Semporna, Sandakan, Kudat, Tawau, Kota Kinabalu, Lahad Datu.
“Kehadiran ramai pemimpin sekolah hari ini, mencerminkan kesatuan serta komitmen tinggi warga pendidik Sabah dalam memperkasa agenda pendidikan negeri,” jelasnya.

Dr Zainuddin memgucapkan tahniah kepada penganjur atas penganjuran program yang diadakan.
“Penghargaan turut dirakamkan kepada semua pensyarah, fasilitator, peserta serta urus setia atas dedikasi dan komitmen sepanjang program berlangsung,”
“Semoga segala ilmu, pengalaman dan amalan terbaik yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam pengurusan sekolah masing-masing, seterusnya memperkukuh kualiti pendidikan di negeri Sabah,” katanya.


