spot_img
HomeSemasaPemandu warga emas maut dalam kemalangan lori treler

Pemandu warga emas maut dalam kemalangan lori treler

TUARAN: Kemalangan sebuah lori treler yang bertembung dengan sebuah kereta telah menyebabkan seorang warga emas maut di Jalan Kampung Serusup, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kemalangan berkenaan berlaku di Jalan Kampung Serusup sekitar jam 10 pagi, hari ini.

“Sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) telah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik saja panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.20 pagi.

Menurutnya, setibanya pihak mereka di lokasi kejadian, mereka mendapati sebuah lori treler telah bertembung dengan kereta Proton Saga.

Mangsa lelaki yang berumur 63 tahun tersebut didapati tersepit di dalam kenderaannya dan disahkan telah meninggal di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya menggunakan peralatan khas dalam operasi yang dijalankan.

“Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular