spot_img
HomeDuniaNew Zealand tarik arahan vaksin selepas lepasi puncak Omicron

New Zealand tarik arahan vaksin selepas lepasi puncak Omicron

WELLINGTON: Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Jacinda Ardern, selepas melepasi langkah kemuncak varian Omicron New Zealand akan menarik semula arahan vaksin COVID-19 dan langkah penjarakan sosial.

Perkara ini dinyatakan susulan daripada aktiviti tunjuk perasaan yang memberi tekanan kepada kerajaan untuk menghapuskan arahan vaksin yang dilakukan sehingga bertempur dengan pihak polis.

Walaubagaimanapun, penetapan tarikh bagi penarikan semula arahan itu masih belum dinyatakan, namun pengurangan arahan pengambilan vaksin selepas melepasi puncak varian Omicron dijangka pada pertengahan hingga akhir Mac ini.

“Kita semua mahu kembali kepada cara hidup sebelum ini dan saya jangka lebih awal daripada yang anda fikirkan,” katanya.

Aktiviti tunjuk perasaan itu bermula sebagai penentangan terhadap perintah vaksin, namun kemudian bertukar menjadi gerakan yang lebih besar terhadap Ardern dan kerajaannya.

Hari ini, dilaporkan lapan individu ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh dan melakukan halangan, dengan sisa buangan manusia dibaling kepada beberapa pegawai polis.

New Zealand melaporkan kira-kira 16,000 kes COVID-19 dengan 53 kematian sejak wabak itu melanda iaitu merupakan jumlah yang agak rendah mengikut piawaian global, namun varian Omicron menyebabkan purata tujuh hari jangkitan baharu semasa mencecah lebih 1,600 kes setiap hari.

Laporan kes harian yang dicatatkan menjadi kebimbangan pelbagai pihak dan dengan itu pihak kerajaan amat menggesa rakyat untuk mendapatkan vaksin demi kebaikan bersama.

Kira-kira 94 peratus penduduk yang layak sudah divaksin, dengan suntikan diwajibkan bagi sebahagian kakitangan barisan hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular