spot_img
HomeSukanLee Zii Jia tewas di peringkat suku akhir

Lee Zii Jia tewas di peringkat suku akhir

KUALA LUMPUR: Misi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk memburu gelaran juara ketiga lebur selepas tersingkir di peringkat suku akhir Masters Indonesia, hari ini.

Pemain nombor lima dunia itu tewas di Istora Senayan apabila tumbang di tangan wakil tuan rumah, iaitu Anthony Sinisuka Ginting dalam pertarungan tiga set dengan perolehan mata 21-18, 16-21, 15-21 dalam aksi yang berlangsung selama 69 minit.

Keputusan itu menyaksikan Ginting mencatat rekod kemenangan baru ke atas Zii Jia apabila berjaga memenangi lima daripada enam pertemuan.

Pilihan keempat kejohanan itu akan bertemu sama ada pemain nombor satu dunia dari Denmark, iaitu Viktor Axelsen ataupun pemain dari Hong Kong, Ng Ka Long bagi merebut tiket ke pentas final, esok.

Lee Zii Jia sebelum ini diletakkan sebagai pilihan untuk menjuarai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 500 apabila kehadirannya di Jakarta dengan reputasi tinggi selepas berjaya muncul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Terbuka Thailand, bulan lalu.

Sementara itu, nasib sama turut dialami beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik apabila gagal untuk melangkah ke separuh akhir. Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu terpaksa akur apabila tewas di tangan pasangan China, Liang Wei Keng dan Wang Chang dengan 21-16, 13-21, 17-21.

Walaubagaimanapun, para peminat tetap akur dengan keputusan perlawanan kali ini dan berharap Lee Zii Jia akan tampil dengan lebih cemerlang bagi perlawanan akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular