spot_img
HomeSukanLee Zii Jia buru gelaran juara ketiga

Lee Zii Jia buru gelaran juara ketiga

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Lee Zii Jia bakal membawa momentum dua gelaran yang pernah diraihnya sebelum ini bagi menghadapi saingan Indonesia Masters yang membuka tirainya di Istora Senayan, Jakarta pada hari ini.

Zii Jia yang telah berjaya meraih dua gelaran juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Terbuka Thailand bulan lalu semestinya mengharapkan keputusan yang lebih baik selepas terpaksa menarik diri seawal pusingan pertama di Bali, tahun lalu.

Kecederaan yang dialami membuatkan pemain berusia 24 tahun itu terpaksa membuat keputusan menarik diri selepas ketinggalan 9-11 kepada pemain Denmark, Rasmus Gemke.

Justeru, dalam perlawanan kali ini pemain profesional itu pasti sudah bersedia untuk menghadapi Indonesia Masters sebelum beraksi pada Terbuka Indonesia yang dijadual berlangsung dari 14 hingga 19 Jun ini.

“Persiapan bagi menghadapi dua kejohanan di Indonesia berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah,” ulas jurulatih Zii Jia, Indra Wijaya.

“Sudah pasti kami memberikan tumpuan penuh dan mengharapkan keputusan yang terbaik pada kali ini. Zii Jia berada pada prestasi terbaiknya ketika ini dan saya berharap dia akan terus mempamerkan aksi konsisten dan menjadi pemain yang lebih matang,” jelasnya lagi.

Lee Zii Jia dijadual bertemu pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen pada aksi pusingan pertama – dengan kedua-duanya pernah bertemu sebanyak enam kali selain masing-masing memegang rekod kemenangan seimbang 3-3.

Kali terakhir mereka bertemu adalah di suku akhir Terbuka Hylo, Mei tahun lalu dengan kemenangan memihak kepada Zii Jia, 21-13, 22-20 manakala Wangcharoen sebelum itu berjaya menjinakkan Zii Jia di separuh akhir Thailand Masters 2017.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular