HomeSemasaJPA perkasa penempatan anak Sabah, Sarawak dalam perkhidmatan awam

JPA perkasa penempatan anak Sabah, Sarawak dalam perkhidmatan awam

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terus memperkukuh pelaksanaan dasar Borneonisasi dengan memberi keutamaan kepada anak Sabah dan Sarawak untuk berkhidmat di negeri kelahiran masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, prinsip itu digunakan dalam proses penempatan pegawai guna sama dengan mengambil kira kekosongan jawatan, merit, kesesuaian dan persetujuan kerajaan negeri.

Menurut beliau, bukan sahaja JPA, malah semua kementerian dan jabatan turut diberi penerangan mengenai prosedur penempatan pegawai bukan guna sama supaya calon kelahiran Sabah dan Sarawak diberikan keutamaan selepas memenuhi syarat merit.

Katanya, langkah itu merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan memperkukuh penyertaan anak tempatan dalam perkhidmatan awam Persekutuan.

Mustapha berkata, JPA juga akan terus melaporkan perkembangan pelaksanaan dasar itu kepada MTPMA63 dan Jawatankuasa Teknikal MA63 bagi memastikan pelaksanaan Borneonisasi berjalan secara berterusan.

Menurut beliau, kerajaan turut melihat potensi membawa pulang anak Sabah dan Sarawak yang kini berkhidmat di Semenanjung untuk mengisi jawatan strategik di negeri asal, sekali gus memanfaatkan pengalaman mereka bagi memperkukuh pentadbiran dan pembangunan di kedua-dua wilayah.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular