spot_img
HomeSukanHoki Sabah target beraksi di Final Division 2, Liga Hoki Remaja 2021

Hoki Sabah target beraksi di Final Division 2, Liga Hoki Remaja 2021

KOTA KINABALU: Hasrul Jideh, jurulatih Persatuan Hoki Sabah meletakkan harapan tinggi kepada pemain mudanya untuk beraksi dengan baik di Liga Hoki Remaja Division 2.

“KPI pasukan, sekurang-kurangnya beraksi di pentas Final Division 2 Liga Hoki Remaja Malaysia 2021” katanya.

Hasrul berkata, pihak kejurulatihan dan para pemain, bersemangat untuk memulakan kempen kali ini dengan langkah kanan.

Menurutnya, pasukannya pada Ahad ini akan bertemu Kelab Hockey Lah pada pukul 4 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Berhubung persiapan pasukan, Hasrul menyatakan selepas tamat kempen Kejohanan Hoki Tun Abdul Razak yang lepas, pasukan Sabah terus melakukan latihan dan memperkuatkan lagi kelemahan yang telah dikesan sewaktu Kejohanan Hoki Tun Abdul Razak sebelum ini.

“Beberapa siri perlawanan persahabatan juga dilakukan disamping memperkemaskan taktikal pasukan” tambahnya.

Hasrul juga meletakkan target semoga pasukan kendaliannya dapat beraksi di Final Division dan seterusnya layak ke Suku Akhir Piala Liga Tenaga Nasional Berhad (TNB).

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular