spot_img
HomeSukanMalaysia tekad, kejutkan Vietnam esok

Malaysia tekad, kejutkan Vietnam esok

Singapura: Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, percaya anak buahnya mampu memberikan kejutan ke atas Vietnam dalam aksi ketiga Kumpulan B Piala AFF malam esok di Stadium Bishan.

“Vietnam sudah capai satu tahap tertinggi di peringkat antarabangsa dan itu menjadi satu kelebihan buat mereka. Kedua-dua pasukan telah bertanding beberapa kali sejak tiga tahun lalu lagi dan kami tidak dapat keputusan yang baik setelah bertanding dengan mereka”

“Sudah tentunya saya dan pemain-pemain saya mahu memberi kejutan ke atas Vietnam dalam perlawanan kali ini. Kita juga tahu pemain yang mereka ada, namun yang paling penting kami ada strategi terbaik untuk bertemu dengan Vietnam nanti,” kata jurulatih negara itu.

Melihat rekod pertemuan sejak Cheng Hoe mengendalikan pasukan negara pada hujung 2017, sudah lima kali skuad beliau berdepan dengan skuad Park Hang-seo dengan tiga daripadanya dalam saingan AFF 2018 serta kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dalam Kumpulan G.

Sepanjang rekod pertembungan itu, Malaysia tewas di tangan Vietnam sebanyak 4 kali dan seri sekali dalam pertempuan terakhir di Kelayakan Piala Dunia pada Jun lalu yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyaksikan skuad negara tumbang 1-2.

Susulan itu, perlawanan malam esok juga dianggap sebagai penebus kegagalan final AFF 2018 lalu, di mana skuad negara tewas secara agregat di tangan lawan yang sama.

“Pemain perlu sentiasa fokus dan elak daripada melakukan sebarang kesilapan individu serta bekerjasama sama ada menyerang dan bertahan bagi memastikan pasukan dapat menempah slot ke separuh akhir,” katanya.

“Menembusi benteng pertahanan mereka sudah pastinya sukar, namun sebagai jurulatih kita harus cari jalan untuk memastikan keputusan yang baik apabila berlawan dengan Vietnam”

“Keputusan perlawanan cukup sengit dalam perlawanan sebelum ini, oleh itu saya berharap pemain dapat memberi kejutan dan mendapat keputusan yang baik dalam pertembungan kali ini,” katanya.

Skuad Harimau Malaya kini mengungguli carta Kumpulan B dengan enam mata setelah memenangi dua kemenangan ke atas Kemboja dan Laos dengan skor 3-1 dan 4-0, meninggalkan pencabar lain di belakang. – hmetro

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular