spot_img
HomeSemasaJumlah kes COVID-19 di Sabah catat penurunan

Jumlah kes COVID-19 di Sabah catat penurunan

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 10 Disember 2021 adalah sebanyak 263 kes. Jumlah kumulatif adalah sebanyak 236,638 kes.

Sebanyak enam (6) kes kematian dilaporkan iaitu masing-masing satu (1) kes di Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kinabatangan, Kota Belud, Kudat dan Sipitang.

Bilangan pesakit COVID-19 yang sembuh ialah 411 orang termasuk yang discaj dari hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) menjadikan kumulatif 227,066 orang. 1,118 orang pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 540 orang di hospital, 568 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, lapan (8) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau Penjara dan dua (2) orang berada di fasiliti swasta.

Bilangan Pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 46 orang merangkumi 46 di Intensive Care Unit (ICU) atau repurposed kritikal care manakala 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Bilangan pesakit yang berada pada tahap empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah sebanyak 34 orang (25.56%).

Jumlah kes mencatatkan penurunan di bawah paras angka 300, iaitu sebanyak 263 kes. Jumlah terbaru ini merupakan 66 kes lebih rendah daripada semalam.

Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan daerah mencatatkan jumlah kes yang lebih rendah berbanding sebelumnya. Walaupun Kota Kinabalu kekal penyumbang terbanyak kes-kes di Sabah, tetapi jumlah hari ini (47) adalah 26 kes lebih rendah daripada kelmarin. Tuaran juga mencatatkan penurunan 5 kes (27), Penampang berkurangan 6 kes (25) dan Ranau turun 9 kes (14).

Beaufort menambah 10 kes (18) dan Tenom naik 5 kes (16). Manakala, lima (5) daerah tidak mencatat sebarang kes baharu (sifar) iaitu, Kalabakan, Tongod, Nabawan, Kunak dan Semporna. 11 daerah lain mencatatkan kes baharu di bawah paras 10.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, berkata Jangkitan secara sporadik sering berlaku semasa berada dikhalayak ramai atau berkumpulan. Statistik jelas menunjukkan peratusan jangkitan secara sporadik adalah tinggi setiap hari. Hari ini peratusan jangkitan yang berpunca daripada jangkitan sporadik ialah 41.4%. Angka ini tidak jauh berbeza dengan peratusan penyumbang utama jangkitan yakni kontak rapat yang mencatat 48.3%.

“Seramai 252 daripada 263 orang pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, empat (4) orang dalam Kategori 3, dua (2) orang dalam Kategori 4 dan juga dua (2) pesakit dalam Kategori 5. Seramai tiga (3) kes lagi masih dalam penilaian JKNS.” tambahnya.

“Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (127) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular