spot_img
HomePolitikEnggan terima PPBM, Muafakat Nasional ditinggalkan

Enggan terima PPBM, Muafakat Nasional ditinggalkan

Kota Kinabalu: Tular satu isu menyatakan bahawa parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) melanggar Muafakat Nasional (MN) kerana enggan menerima Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Namun, isu tersebut disanggah oleh Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan UMNO Malaysia dengan mengatakan tanggapan tersebut tersasar jauh dan telah menimbulkan salah faham. Beliau menegaskan dengan rasa hormat kepada Tan Sri Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS) bahawa UMNO tidak pernah mungkir pada piagam Muafakat Nasional (MN).

Beliau turut mengingatkan agar rakan-rakan PAS tidak melupakan matlamat Muafakat Nasional (MN) kerana ianya ditubuhkan bukanlah dengan matlamat PPBM mesti menjadi sebahagian daripadanya.

“Salah satu sebab Muafakat Nasional dibidani kelahirannya ialah untuk menentang Parti Harapan (PH) kerana PPBM adalah komponen PH pada ketika itu.”

“Justeru untuk memaksa UMNO menerima PPBM adalah bercanggah dengan semangat sebenar Muafakat Nasional itu diasaskan. Apatahlagi bila mengenangkan cara PPBM bersekongkol dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) ketika menentang UMNO dan menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO,” katanya.

Sebab kedua, beliau akur dengan piagam Muafakat Nasional yang memayungi semua orang Melayu namun, bagi beliau sesiapa jua yang mahu dimasukkan ke Muafakat Nasioanal mestilah selari dengan kepentingan UMNO dan PAS. Piagam muafakat tersebut juga perlu ditafsirkan dan selari dengan realiti politik semasa UMNO dan PAS.

“Kerana itu UMNO tidak pernah mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amanah, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) ataupun Pejuang untuk menyertai MN, walaupun mereka juga sebahagian dari ummah yang berkepentingan. Jujurnya kerana UMNO TIDAK MAHU MENYINGGUNG PAS,” Tambahnya.

“PAS dan seluruh parti di Malaysia telah arif bahawa perwakilan dalam Perhimpunan Agong UMNO memutuskan bahawa, UMNO tidak akan melakukan apa jua kerjasama dengan PPBM. UMNO terikat dengan pendirian ini. Jadi amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima, sebelum PAS mencadangkan keanggotaan baru dalam MN.”

“Ketiga, Piagam MN adalah persefahaman yang tidak mengikat. MN pula tidak kita daftarkan. Sebabnya kerana UMNO mahu orang Melayu melihatnya sebagai wadah untuk semua, dan bukan instrumen politik UMNO dan PAS semata-mata,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap agar PAS membuka pintu hati untuk menerima kenyataan bahawa UMNO enggan menerima PPBM dan ianya bukanlah suatu alasan untuk PAS melupakan Muafakat Nasional. Bagi beliau, kepentingan Orang Melayu dan Islam itu jauh lebih besar dari kepentingan PPBM menyertai Muafakat tersebut.

“Janganlah kita melakukan sesuatu yang akhirnya akan menjauhkan lagi orang Melayu daripada Muafakat Nasional.”

“Semoga Tan Sri Presiden PAS akan terus bersama UMNO dalam meneroka pelbagai dimensi baru dalam membangunkan keberdayaan bangsa Melayu, InshaAllah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular