spot_img
HomeSosiobudayaSejarah perubahan adat kematian suku kaum Toraja di Tawau

Sejarah perubahan adat kematian suku kaum Toraja di Tawau

Sabah terkenal dengan kepelbagaian budaya, etnik dan bangsa. Negeri di Malaysia yang memiliki pelbagai etnik suku kaum dan budaya ini, menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Sabah.

Memiliki lebih 30 etnik ini menjadikan negeri Sabah mempunyai kepelbagaian yang amat ketara terutamanya dari segi kepercayaan, bangsa, adat istiadat, pegangan hidup begitu juga dengan pakaian tradisi.

Suku kaum Toraja merupakan suku kaum yang telah lama menetap di Sabah iaitu sejak tahun 90-an lagi. Walau bagaimanapun, suku kaum ini kurang dikenali seperti suku kaum yang lain.

Namun suku kaum Toraja ini terkenal kerana mempunyai keunikannya yang tersendiri yang amat berbeza dengan suku kaum yang lain. Keunikannya dapat dilihat terumanya dalam upacara kematian yang mereka adakan seperti Rambo Solo, Ma’badong, adu kerbau dan banyak lagi.

Suku kaum ini mempunyai latar belakang yang unik di Indonesia, mereka mempunyai keunikkannya tersendiri sama seperti suku kaum lain seperti bajau, kadazan, dusun dan lain-lain.

Foto – Travel Badger
Foto – trickytravellers.com

Masyarakat ini terkenal dengan upacara pengebumiannya yang merupakan peristiwa sosial upacara amat penting. Upacara ini biasanya akan dihadiri dengan ratusan mahupun ribuan orang dan akan diadakan dalam beberapa hari.

Rambo Solo merupakan upacara kematian suku kaum Toraja yang dikenali sebagai bahasa Toraja iaitu yang hanya dilakukan di kampung asal. Perkara ini disebabkan upacara Rambo Solo ini merupakan upacara yang memerlukan kos yang agak tinggi dan memerlukan kawasan yang luas.

Rombo Solo merupakan upacara pengebumian masyarakat tana Toraja bertujuan untuk menghormati dan menghantar orang yang meninggal dunia untuk menuju ke alam roh, iaitu dikenali sebagai kembali kepada keabadian bersama pada leluhur mereka di sebuah tempat peristirahatan.

Foto – travelingyuk.com

Upacara Ma’Badong ini merupakan upacara tarian asal masyarakat Tana Toraja yang hanya boleh dilakukan apabila terjadinya upacara kematian. Ma’bodong ini dilakukan bermaksud untuk mendoakan orang yang sudah meninggal dunia agar arwah diterima Tuhan.

Upacara kesenian Ma’badong ini dilakukan setidaknya paling kurang tiga orang sehingga jumlah yang banyak yang boleh mencapai ratusan orang. Tarian ini dilakukan di kawasan yang luas iaitu disekitar kawasan rumah orang yang meninggal.

Bagi yang mengikut upacara tarian ini terdiri daripada peserta lelaki dan juga perempuan dewasa. Busana bagi tarian ini adalah kain yang berwarna hitam dan sarung yang berwarna hitam namun begitu mereka juga boleh menggunakan busana adat suku kaum Toraja mereka.

Foto – makassar.tribunnews.com

Upacara adu kerbau dalam masyarakat Tana Toraja disebut Ma’ Pasilaga Tedong merupakan salah satu rangkaian upacara adat sebelumnya Rambu Solo (upacara pemakamam) Kerbau dikenali sebagai haiwan yang memiliki nilai sosial dan budaya yang tinggi di Tana Toraja.

Mengikut kepecayaan suku kaum Toraja kerbau dianggap sebagai ‘kenderaan’  untuk si mati atau orang mati ke alam orang mati. Selain itu, mengikut kepercayaan suku kaum ini semakin banyak kerbau yang dikorbankan maka semakin baik lah perjalanan orang yang sudah meninggal dunia untuk menuju ke alam orang mati.

Menurut Harun bin Yunus, suku kaum Toraja Kampung Hiltop Tawau berkata, terdapat beberapa upacara yang tidak dapat dilakukan di Sabah, namun ianya masih dilakukan di Sulawesi Indonesia di Tanah Toraja. Namun demikian, ada beberapa adat yang di buat di Sabah seperti Ma’badong, potong kerbau atau khinzir.

Upacara menyembelih kerbau atau khinzir ini berbeza dari segi bilangan binatang yang disembelih seperi di Tanah Toraja Sulawesi Indonesia. Di Tanah Toraja Sulawesi Indonesia mereka menggunakan jumlah binatang yang disembelih lebih banyak daripada di Sabah.

Tambahan pula, suku kaum Toraja di Tawau mereka tidak begitu menggalakkan adat-adat lama seperti adat yang ada di negara asal Tanah Toraja Sulawesi Indonesia. Begitu juga dengan kuburan si mati, di Tanah Toraja mereka menggunakan gua untuk dijadikan tempat perkuburan atau seperti rumah dan ada juga di tanah. Namun, berbeza dengan di Sabah semuanya hanya dikuburkan dalam tanah mengikut kepercayaan agama.

Penulis: Nazirah Mohammad Nasir

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular