KOTA KINABALU: Tular gambar Datuk Seri Bung Moktar Radin, Ketua Perhubungan UMNO Sabah terlantar di katil sebuah hospital. Pelbagai ciapan yang diviralkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Dato Sri Dr Anil Sandhu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian P188 Lahad Datu berkata, tindakan individu yang tularkan gambar lama Datuk Seri Bung Moktar adalah satu perbuatan tidak bermoral.
“Jangan menabur fitnah menambah dosa, ini gambar lama. Datuk Bung sihat walafiat,” katanya.
Tambah Anil, jikalau terdesak mencari isu, janganlah viralkan benda yang bukan-bukan dan tidak berfaedah kepada masyarakat.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen telah memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Hakim menetapkan bicara kes itu bersambung pada 23 dan 26 September ini, 14 dan 28 Oktober, 21 dan 30 November, 1 dan 7 Disember serta 3 dan 9 hingga 13 Januari tahun depan.

“Jangan buat keputusan terburu-buru, kes masih dibicarakan di mahkamah. Bagi ruang untuk beliau membela diri”
“Janganlah mempermainkan kesihatan individu, orang sihat dikatakan sakit. Gunakan platform media sosial dengan betul” tambahnya.