Hoki Sabah sasar emas Sukma 2022 | Demi Sabah

578

KOTA KINABALU: Persatuan Hoki Sabah sasar emas di temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 yang berlangsung di ibu negara bermula 16 September ini.

Presiden Persatuan Hoki Sabah, Dato Sri Dr Anil Sandhu berkata, pihak pengurusan dan barisan jurulatih telah bersepakat menyasarkan pasukan Hoki Sabah mendapat pingat emas di Sukma nanti.

“Pada tahun lalu SHA Sabah di divison dua dan menjadi juara. Manakala baru-baru ini, pasukan Sabah bermain di Piala TNB 2022 melangkah ke suku akhir”

“Kita kalah tipis 1-0 dengan SMKDBL-PHJ-MSNJ. Kalau tidak kita ke separuh akhir,” katanya.

Tambah Anil, pencapaian ini sangat membanggakan bagi Persatuan Hoki Sabah. Sasaran emas sangat realistik dengan kemantapan pasukan ketika ini.

Terdahulu berlangsung Majlis Penyerahan Pakaian dan Keperluan Sukan Hoki Sukma negeri Sabah yang telah disempurnakan oleh Datuk Dr Nuinda Alias mewakili Presiden Persatuan Hoki Sabah, Dato Sri Dr Anil Sandhu.

Pasukan Hoki Sabah (Lelaki) Sukma 2022.
Pasukan Hoki Sabah (Wanita) Sukma 2022.

Anil berpesan kepada pemain, bermain dengan sifat kesukanan , pastikan kesihatan dan keselamatan terjaga.

“Pulanglah dengan membawa kejayaan. Harumkan nama Sabah. Selamat berjuang semua,” katanya.