spot_img
HomePolitikPertahankan DUN Rantau, bertanding di Parlimen - Tok Mat

Pertahankan DUN Rantau, bertanding di Parlimen – Tok Mat

REMBAU: Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kerusi Parlimen dan ADUN pada Pilihan Raya ke-15 yang akan menjelang tiba.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua UMNO Bahagian Rembau akan mempertahankan kerusi DUN Rantau, namun tidak menyatakan kawasan Parlimen manakah beliau akan tandingi.

“Memandangkan saya Timbalan Presiden UMNO, saya juga perlu bertanding di kawasan Parlimen bagi memainkan peranan di peringkat kebangsaan,” katanya media di program Semarak Merdeka hari ini.

Tambah Mohamad Hasan, sebagai Timbalan Presiden dan kepimpinan kanan parti, kita perlu berada di peringkat kebangsaan untuk menguruskan parti.

“InsyaAllah kalau diberikan keyakinan oleh pengundi akan menubuhkan kerajaan di peringkat pusat,” katanya.

Ketika ini, kerusi Parlimen Rembau disandang oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular