spot_img
HomeSemasaHargai pengorbanan pemimpin terdahulu tuntut kemerdekaan – Anil Sandhu

Hargai pengorbanan pemimpin terdahulu tuntut kemerdekaan – Anil Sandhu

LAHAD DATU: Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Dato Sri Anil Sandhu merasmikan Program Citra Seni dan Budaya anjuran Kolej Vokasional Lahad Datu di Dewan Palma KVLD.

Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Sesi 2022/2023 ini berkonsepkan tradisi masyarakat negeri Sabah.

Pengarah Program, Muamar Hairulidwan Abdullah berterima kasih kepada Ahli Jawatan Kuasa penganjur dalam bertungkus lumus menjayakan program ini.

“Terima kasih tidak terhingga kesudian Dato Sri Anil Sandhu, Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang sudi merasmikan program Citra Seni dan Budaya ini,” katanya.

Program kerjasama Kelab Muzik & Kebudayaan serta Jabatan Sosial dan Kemanusian ini meraihkan Sambutan Merdeka ke-65 tahun.

Anil berkata, erti kemerdekaan ini besar maknanya. Pemimpin dan rakyat dahulunya bergadai nyawa dan harta benda dalam menuntut kemerdekaan tanah air tercinta.

“Generasi sekarang harus bersyukur nikmat kemerdekaan dan keharmonian hidup berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Dato Sri Anil Sandhu sampaikan hadiah kepada pemenang.

Tambahnya lagi, sentiasa kekalkan keharmonian kaum berbilang bangsa tanpa sengketa dalam negara.

“Jutaan terima kasih kerana menjemput saya untuk mrasmikan program kemerdekaan ini. Satu program yang sangat menarik penuh dengan tradisi Sabah dalam setiap persembahan,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular