spot_img
HomeJenayahWarga emas dicekup edar dadah

Warga emas dicekup edar dadah

Kudat: Seorang warga emas bukan warganegara ditahan atas kesalahan mengedar dadah dalam serbuan di kawasan Kampung Tanjong Kapor, semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, suspek yang berusia 67 tahun terbabit ditahan dalam operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Tanjung Kapor, susulan setelah menerima maklumat orang awam berhubung pengedaran dadah di kampung berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi berjaya menahan seorang lelaki warga emas di hadapan sebuah rumah tidak bernombor”

Menurutnya, sebelum ditahan, warga asing terbabit sempat cuba memperdayakan pihak berkuasa dengan perwatakan tidak bersalah serta memakai kopiah agar tidak dicurigai.

“Hasil pemeriksaan, anggota menemukan dua paket plastik lut sinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 5.2 gram” katanya.

Tambah Abdul Rani, kesemua syabu dianggarkan bernilai RM1,500 mengikut harga pasaran semasa, kemudian dirampas untuk siasatan lanjut.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 37B(1)(B) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 mengikut kesalahan suspek.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular