spot_img
HomeSemasaPulau-pulau Semporna destinasi percutian rakyat Malaysia

Pulau-pulau Semporna destinasi percutian rakyat Malaysia

SEMPORNA: Terasa kurang menarik jika sekiranya sebuah tempat pelancongan itu, tidak mempunyai tarikan-tarikan yang tertentu untuk menambat hati pelancong. Di Semporna Sabah, terdapat beberapa pulau yang menjadi tumpuan ramai kerana kedudukan dan keindahan pulau tersebut menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara.

Selepas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membenarkan pengusaha industri pelancongan dibuka, rakyat mula merancang percutian bersama rakan dan keluarga tercinta.

Oleh itu, demisabah.com senaraikan pulau tercantik yang harus dikunjungi jika bercuti ke Semporna, Sabah.

Pulau Sipadan. Foto – borneoinsight.com

Pulau Sipadan

Menurut Jacques Cousteau iaitu seorang ahli ilmu alam lautan yang terkenal di seluruh dunia, pernah mennyatakan bahawa Pulau Sipadan sebagai hasil seni yang tidak tercemar serta dinobatkan sebagai salah satu daripada lima tapak menyelam yang terbaik di dunia.

Pulau Sipadan adalah salah satu kepulauan yang menarik di Semporna dan menjadi tarikan antara sepuluh pulau terpilih di dunia. Jarak pulau tersebut terletak 600 meter dari dasar laut dan hanya berkeluasan 12 hektar ianya adalah pulau yang mempunyai saiz yang agak kecil di Malaysia.

Terkenal dengan adanya gua penyu, dimana terdapat pelbagai jenis penyu yang ada serta spesis ikan dan terumbu karang yang pelbagai.

Keunikan yang ada di Pulau Sipadan adalah terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang jarang diketahui kewujudannya dan aktiviti seperti snorkeling, diving dapat dilakukan bagi melihat kawasan-kawasan yang menarik perhatian pengunjung seperti barracuda point, gua penyu dan south point iaitu tempat-tempat keberadaannya spesis penyu, spsesis jerung, dan dikelilingi oleh sekumpulan ikan barracuda.

Pulau Sibuan. Foto – sipadan.com

Pulau Sibuan

Pulau Sibuan adalah pulau yang terkenal keindahan dengan kejernihan air lautnya. Pulau ini sangat terkenal selepas Pulau Sipadan.

Pulau ini terletak berdekatan dengan Church Reef iaitu salah satu pemandangan yang sangat cantik di Tun Sakaran Marine Park disebabkan habitat yang ada disitu belum disentuh dengan pembangunan yang berlebihan.

Pulau Sibuan juga memiliki keunikan yang sukar ditandingi keindahannya dan pemandangan di dasar laut boleh dilihat dengan melakukan aktiviti seperti snorkeling, diving atau berkelah.

Pulau Mabul. Foto – blog.pakej.my

Pulau Mabul

Destinasi Pulau Mabul turut menjadi tarikan pelancong dalam dan luar kerana dikenali sebagai sebuah lokasi fotografi-makro.

Pulau ini terletak berhampiran dengan perairan laut Sulawesi yang dikelilingi oleh pelbagai terumbu karang. Keluasan pulau ini adalah 21 hektar dan lebih besar jika dibanding dengan Pulau Sipadan. Antara aktiviti menarik yang menjadi tumpuan pengunjung yang datang adalah selam skuba, ini kerana aktiviti menyelam di Pulau Mabul boleh dilakukan sepanjang tahun berbeza dengan pulau-pulau lain yang bergantung pada musim.

Pulau Bohey Dulang. Foto – pulaumabul.com

Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang adalah salah satu daripada pulau yang terletak di Taman Marin Tun Sakaran. Keistimewaan yang terdapat di Pulau Bohey Dulang ialah pulau ini memiliki puncak bukit setinggi 300 meter.

Pada asalnya pulau ini dikesan sebagai gunung berapi yang tidak aktif terdapat di dasar laut. Dari atas bukit tersebut, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan yang sangat indah dengan keseluruhan laut yang membiru dan tumbuhan serta bukit-bukit lain yang menghijau mekar.

Selain daripada mendaki bukit dan melihat pemandangan dari atas bukit, pengunjung juga boleh melihat nurseri dan pusat penetasan kerang gergasi dengan menyelam ke dasar laut di Pulau Bohey Dulang. Di Kawasan pulau tersebut, terdapat makmal, ruang pameran, tangki pembiakan, taman induk dan sangkar laut terbuka.

 

Penulis Berita : Mohammad Fiqry Yacob

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular