spot_img
HomeSemasaJemaah umrah wajib kuarantin tujuh, 10 hari di Kuala Lumpur sebelum masuk...

Jemaah umrah wajib kuarantin tujuh, 10 hari di Kuala Lumpur sebelum masuk Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Disember 2021 dibenarkan meneruskan perjalanan ke negeri Sabah dan perlu menjalani kuarantin, tertakluk kepada ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR) yang disahkan negatif.

Menerusi kenyataan media Ketua Menteri, Hajiji Noor, perkhidmatan Doktor Berdaftar akan disediakan oleh kerajaan negeri bagi menjalani ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR) secara percuma di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan bahawa rakyat Sabah yang bertolak menunaikan umrah dan keluar negara selepas tarikh itu pula akan diwajibkan menjalani kuarantin tujuh atau 10 hari di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut kenyataan berkenaan, Hajiji berkata, tempat penginapan bagi mereka yang disahkan positif COVID-19 akan disediakan.

Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) yang diselaraskan bersama Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur (PPNSKL) juga akan menyalurkan bantuan,” katanya lagi.

“Bagi yang bertolak selepas 28 Disember pula, kos kuarantin termasuk penginapan dan sebagainya adalah atas tanggungan sendiri,” tambahnya.

Oleh itu, agen pelancongan umrah hendaklah memasukkan kos kuarantin termasuk penginapan dan sebagainya dalam pakej umrah yang disediakan.

“Namun, kemasukan individu ke negeri Sabah adalah tertakluk kepada syarat-syarat pihak berkuasa negeri yang sedia ada. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan negeri akan mengemaskini syarat-syarat kuarantin dari semasa ke semasa,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular