Sabah negeri yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Penuh dengan warna warni budaya yang pelbagai suku kaum terutamanya dari segi tradisi makanan yang unik.
Pinarasakan adalah salah satu makanan tradisi etnik Kadazan Dusun yang berasal dari pedalaman Sabah. Makanan ini mudah dijumpai di kawasan daerah Ranau, Kota Marudu dan Kota Belud.
Makanan tradisi Pinarasakan, telah menjadi satu makanan yang terkenal dan sering dihidangkan di restoran pada masa kini.
Menurut Hasah Konti, 53 tahun penduduk Kampung Nampasan Baru Ranau berkata, makanan ini hanya dihidangkan pada waktu tertentu sahaja iaitu apabila adanya pertemuan dengan saudara mara dan ahli keluarga yang lain. Pinarasakan ini sangat digemari oleh kaum wanita.
“Pinarasakan adalah makanan diperbuat daripada ikan yang dimasak dengan “takob akob” iaitu sejenis buah-buahan yang masam, garam, kunyit, dan buah bambangan yang telah dipotong. Buah bambangan adalah salah satu bahan yang wajib dalam membuat Pinarasakan,” katanya.
Jelas beliau, kebiasaannya, ikan yang sering digunakan untuk membuat Pinarasakan adalah ikan basung. Makanan ini senang disediakan dan lebih baik dimakan dengan nasi atau ambuyat bersama dengan sambal.

Pinarasakan merupakan satu makanan tradisi etnik Kadazan Dusun yang terkenal pada masa kini. Makanan tradisi tidak akan hilang ditengelam zaman kerana keunikan dan kenakannya rasa yang lazat.
Oleh hal yang demikian, generasi muda pada masa kini terutamanya golongan muda etnik Kadazan Dusun harus mempelajari cara penghasilan makanan ini, agar tidak pupus dari permukaan bumi Sabah.
Penulis: Scandyvian Anak Gundi