KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di rumahnya dalam bangunan Flat Taman Kepayan Ridge Lorong Semarak 2, Kota Kinabalu, hari ini.
Menurut Komander Operasi PBK II Idy Nirawan, pasukan bomba segera bergegas ke lokasi kejadian susulan pemakluman daripada pihak polis yang melaporkan kejadian pintu rumah terkunci sekaligus mengeluarkan bau busuk.
“Identiti sebenar mangsa belum dikenal pasti, 65, namun telah ditemukan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak polis”
Punca kematian mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Susulan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu mengalu-alukan masyarakat setempat untuk memberikan sebarang maklumat berkaitan dengan kejadian bagi membantu siasatan kes tersebut.