spot_img
HomeUncategorizedUNDI18 bakal dilaksanakan dalam PRN Johor

UNDI18 bakal dilaksanakan dalam PRN Johor

BANGI: Setiap kali kerajaan memutuskan untuk membuat pengundian sama ada dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN), golongan muda berusia lingkungan 18 tahun ke atas yang layak mengundi akan menggunakan hak mereka dalam memilih pentadbiran baharu.

Sejak 15 Disember lepas, Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Disember menyatakan bahawa pendaftaran pengundi 18 tahun ke atas adalah secara automatik.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hak dan tanggungjawab golongan muda menerusi pelaksanaan Undi18 itu bakal dilaksanakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan ia perlu digunakan dengan sebaiknya demi masa depan dan kepentingan negara.

“Saya percaya bahawa kita akan lihat Undi18 pada PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi akan membuktikan kecenderungan anak-anak muda yang berumur 18 tahun ke atas , menggunakan hak baharu mereka dengan bertanggungjawab.

Beliau berkata, perkara tersebut adalah apa yang diinginkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di mana hak baharu ini bukan untuk cuba-mencuba, untuk gurauan atau dimain-mainkan, tetapi diguna dengan penuh rasa tanggungjawab.

Berikutan perkara tersebut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa satu mesyuarat khas untuk menentukan tarikh PRN Johor ke-15 diadakan pada 9 Februari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular