Setiap etnik sudah pasti memiliki makanan tradisionalnya tersendiri. Begitu juga dengan negeri Sabah yang memang kaya dan terkenal dengan makanan tradisionalnya. Di Tawau, sanggar Pappek ini sudah tidak asing lagi didengari Sabah.
Sanggar pappek merupakan makanan sangat popular di kalangan orang Bugis. Menurut, Nordin Gini, 51 tahun penduduk Kampung Muhibbahraya berkata, Sanggar Pappek ini memang menjadi pilihan untuk minum petang.
“Kalau balik dari kerja, memang wajib pilih Sanggar Pappek ini. Sanggar Pappek ini memang sesuai diminum dengan teh ais”, ujarnya.
Orang Bugis menamakan makanan tradisonal ini sebagai Sanggar Pappek kerana sanggar yang bermaksud pisang. Pappek pula ialah penyet.
Sanggar Pappek ini memang wajib ada sambal untuk menambahkan lagi seleranya. Tanpa sambal, Sanggar Pappek akan tidak lengkap.
Penyediaan Sanggar Pappek ini sangat mudah dan senang. Bahan yang digunakan adalah pisang mentah dan minyak masak sahaja.

Cara membuat Sanggar Pappek mudah, guna pisang mentah dibuang kulitnya. Setelah itu, goreng pisang pada minyak yang panas sehingga berwarna kekuningan. Selesai itu, goreng pisang itu dipappek atau dipenyet.
Setelah selesai, goreng semula pisang yang telah dipappek hingga pisang tersebut menjadi ranggup.
Akhir sekali, jangan lupa untuk menyediakan sambal untuk Sanggar Pappek ini. Sambalnya adalah menggunakan bahan mengikut selera masing-masing.
“Kalau saya, sambal mesti pedas sebab makin pedas akan semakin ketagih”, katanya.
Sanggar Pappek makin popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kenakannya. Sebut saja Sanggar Pappek, orang pasti ingat makanan itu adalah merupakan makanan tradisional etnik Bugis.
Penulis : Tirana Anak Ranggie