spot_img
HomeSemasaTidak perlu kebenaran surat polis, mudahkan pelajar balik kampus

Tidak perlu kebenaran surat polis, mudahkan pelajar balik kampus

KOTA KINABALU – Pelajar yang dibenarkan balik ke kampus tidak perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dengan situasi pandemik covid-19, umum mengetahui sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan hanya berdasarkan atas talian. Pelbagai impak yang telah dialami oleh para pelajar yang berhadapan sistem PdP ini.

Kini, pelajar telah dibenarkan untuk kembali ke Insititusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi meneruskan pembelajaran secara fizikal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad  telah menegaskan bahawa pihak Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu bersedia untuk menerima kemasukan pelajar balik ke kampus dalam masa yang ditetapkan.

Kemasukan pelajar balik ke kampus adalah pelajar yang telah menerima dos vaksin yang lengkap bagi mengikuti syarat prosedur operasi standard (SOP).

Foto – Utusan Borneo

Namun begitu, sistem pengurusan pelajar pada masa kini menjadi lebih mudah berbanding dengan sebelumnya. Pelajar yang ingin balik ke kampus tidak lagi melibatkan urusan dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengurusan sebegitu memberi sedikit impak positif terhadap pelajar sendiri untuk merentas negeri bagi tujuan balik ke kampus.

Urusan pelajar menjadi lebih cepat kerana tidak perlu pergi ke Balai Polis bagi mendapatkan permit kebenaran untuk merentas negeri tetapi hanya menunjukkan keputusan ujian swab yang negatif. Tidak ketinggalan juga dokumen vaksinasi yang lengkap haruslah disertakan bagi membolehkan pelajar dapat kembali ke Sabah.

Muhammad Mohd Yusof, pelajar tahun 3 Seni Kreatif berpendapat bahawa tak perlu permit kebenaran merupakan satu langkah yang bagus untuk memudahkan pelajar malahan untuk semua orang, samada untuk orang yang berkerja atau orang yang nak balik kampung. Dikatakannya sebelum ini, ada kebenaran pun sedikit susah, nak kena pergi ke balai polis menunggu beberapa jam untuk menyelesaikan urusan tersebut.

“Saya rasa sekiranya pelajar yang dari luar ingin merentas negeri perlu merancang waktu yang betul untuk balik ke kampus bagi permudah urusan SOP yang ditetapkan. Saya juga berharap pihak berkenaan boleh mengangkat terus permit tersebut bagi mempermudahkan pelajar ataupun semua orang sekaligus mampu merancakkan sosioekonomi” katanya lagi.

Foto – Utusan Digital

Erni Marali, Sjn Rf cawangan Gerakan Jabatan KDNKA Sabah berpendapat bahawa permit kebenaran rentas negeri digunakan bagi mengawal pergerakan orang awam agar tidak bergerak keluar tanpa menyalahgunakan permit tersebut untuk pergi atas urusan lain. Keadaan ini sekaligus bagi menjamin keselamatan pelajar dan tidak menyulitkan semasa melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pengeluaran Permit kebenaran bagi merentas negeri hanya tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) daripada pihak kerajaan persekutuan atau negeri masing-masing mengikut peratus peningkatan kes penularan covid-19. Banyak perkara yang perlu dikaji dari segi bentuk aktiviti, ekonomi, pendidikan, kegamaan, pelancongan, hiburan dan sosial bagi mengelakkan kes meningkat dengan lebih tinggi” ujarnya lagi.

“Walau bagaimanapun, pelajar akan diberi keutamaan jika perlu permit untuk memudahkan permohonan pelajar bagi mendapatkan kelulusan atas sebab balik ke kampus.  Beliau juga berpendapat agar pihak pengurusan kampus untuk mengambil inisiatif bagi pengurusan kampus perlu bersedia menyenaraikan nama-nama pelajar dan hanya pihak pengurusan yang memohon kelulusan bagi pihak mereka untuk memudahkan urusan pelajar” katanya.

Menurut beliau, dalam Pelan Pemulihan Fasa 3, kerajaan negeri Sabah telah menetapkan SOP tidak perlu permohonan permit bagi memasuki negeri sabah, termasuk pergerakan daerah dalam negeri dengan syarat individu tersebut perlu lengkap dos vaksin dan menjalankan ujian RT / PCR. Bagi individu yang tidak divaksin atas sebab kesihatan perlu mengemukakan surat pengesahan kesihatan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perkara ini jelaslah kerajaan telah berjaya dengan inisiatif serta syarat-syarat sebelum ini seperti memperketatkan pergerakan orang ramai dengan pelbagai cara termasuklah menggunakan permit kebenaran bagi pergerakan rentas daerah atau negeri itu amatlah wajar.

Oleh itu, walaupun pada masa kini pelajar tiada lagi sebarang kesulitan untuk balik ke kampus kerana tak perlu kebenaran tetapi tetap terus menggunakan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang sedia ada.

Penulis: Nurul Hafizhah Ismail

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular