spot_img
HomeSosiobudayaKelupis makanan tradisi etnik Brunei, menu wajib dalam majlis keramaian

Kelupis makanan tradisi etnik Brunei, menu wajib dalam majlis keramaian

Kuala Penyu: Jika etnik Bugis terkenal dengan Burasak, Kelupis pula makanan tradisi masyarakat etnik Brunei. Kelupis merupakan simbolik kepada budaya etnik minoriti ini, terutamanya pada majlis perkahwinan dan Perayaan Aidilfitri. Makanan yang berasaskan beras pulut dan santan ini enak dimakan bersama kuah kacang, rendang ayam atau daging.

Rasida Moin 52 tahun, penduduk Kampung Jangkit Kuala Penyu berkata, proses membuat Kelupis bergantung kepada kuantiti beras pulut yang dimasak. Kebiasaannya, pada majlis perkahwinan sebanyak 10 kilogram (kg) beras pulut dan 20 biji kelapa digunakan.

“Bahan-bahan tersebut bergantung kepada citarasa seseorang, jika inginkan rasa lemak yang ketara, maka lebih banyak bilangan kelapa akan digunakan. Manakala, proses ‘mendadih’ ataupun memasak Kelupis ini biasanya memakan masa antara tiga hingga empat jam” katanya.

Proses membungkus Kelupis. – Foto Berita Harian/Rafiqah Dahali

“Setelah itu, nasi pulut yang telah masak akan dibungkus dengan Daun Nyirik, Daun Silat ataupun Daun Pandan mengikut pilihan masing-masing. Namun kebiasaannya mereka akan menggunakan Daun Nyirik kerana proses membungkus lebih mudah berbanding menggunakan daun yang lain. Aktiviti ‘mengelupis’ akan dilakukan secara beramai-ramai sehari sebelum majlis akad nikah berlangsung.”

Kelupis yang dibungkus dengan Daun Nyirik. – Foto Noor Sahkillah Gador
Kelupis yang dibungkus dengan Daun Pandan – Foto Noor Sahkillah Gador

“Kelupis yang telah dibungkus akan diikat dengan Tali Rafia sebelum dikukus. Proses pengukusan mengambil masa antara tiga puluh minit hingga satu jam hanya untuk melayukan daun sahaja” tambah beliau lagi.

Sememangnya, Kelupis merupakan menu pilihan tetamu bertandang ke rumah dari dahulu hingga ke hari ini. Tanpa menu ini di majlis keramaian seperti perkahwinan dan sambutan hari raya etnik Brunei bagaikan majlis tiada serinya.

Sesungguhnya, makanan tradisional seperti Kelupis merupakan perlambangan kepada keunikan budaya etnik Brunei yang seharusnya diamalkan pada era moden ini.

Penulis : Noor Sahkillah Gador
Game : roulette online echtgeld

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular