SESB perlu bantu kerajaan negeri, proses alih milik dari TNB – Jeffery Nor

399
Foto - NST

Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed,  Ahli Lembaga Pengarah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengulas lanjut berkenaan isu kerajaan Sabah ingin ambil alih SESB yang masih dalam proses pengambilan dari kerajaan persekutuan.

Demisabah.com mengajukan beberapa soalan kepada Jeffery Nor dalam Wawancara Eksklusif Bersama Pemimpin: Serahan SESB Kepada Kerajaan Sabah, Sampai Bila?

Pandangan ini diadaptasikan daripada pengalaman beliau sebagai BOD SESB sehingga kini.

DEMISABAH.COM: Apa pandangan Tuan Jeffery berkenaan progress serahan SESB kepada Kerajaan Negeri Sabah?

JEFFERY NOR: Saya merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang telah dilantik. Saya akan memberi jawapan dan pandangan peribadi dengan pengalaman menjadi BOD SESB sehingga hari ini.

Pertama, saya ingin kembali kepada apa yang telah dinyatakan oleh Menteri Kerjaraya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam sidang DUN baru-baru ini.

Beliau menyatakan sudah 20 tahun SESB mengalami kerugian dalam anggaran kasar RM200 juta hingga RM300 juta. Saya tidak menafikannya dan saya juga melihat tiada cara-cara baru atau signifikan bagi mengatasi isu beban hutang ini.

DEMISABAH.COM: Bagaimana caranya SESB elakkan kerugian dan tingkatkan keuntungan?

JEFFERY NOR: Ketirisan kuasa tenaga elektrik akibat kecurian atau pun kecuaian perlu ditangani dengan serius. Kemampuan dalam punggutan bayaran bil semasa pelanggan perlu dipertingkatkan. Penjimatan kos perlu dijalankan dengan tindakan drastik.

Saya melihat ada keperluan yang sangat mendalam agar pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sendiri yang merancang dan melaksanakan pelan strategiknya dalam proses pengambilan alihan pegangan ‘share’ dalam struktur SESB itu sendiri. Ianya bukan terletak di atas tanggungjawab semata-mata kerajaan negeri sahaja kerana ianya melibatkan penggunaan dana yang besar.

Sedangkan fokus pentadbiran kerajaan negeri sekarang lebih tertumpu mengekalkan ‘suhu’ kewangan negeri dalam keadaan terkawal untuk satu tempoh yang dikira agak lama, selepas kita menempuhi tempoh pandemik. Ianya lebih digunakan kepada asas-asas pembangunan bagi merancak suasana ekonomi negeri selepas pasca pandemik.

DEMISABAH.COM: Bila masa yang sesuai Kerajaan Persekutuan serahkan SESB kepada Kerajaan Negeri Sabah?

JEFFERY NOR: Saya mencadangkan waktu masa sesuai bagi pengambilan alihan SESB dari TNB perlu ada dalam ‘time period’ atau asas ‘target time’. Sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun -ke 10 tahun mendatang. Proses itu serahan telah dijalankan dari SESB ataupun dari Tenaga Nasional Berhad (TNB). Terima kasih kepada kedua-dua pihak hasil kerjasama ini.

Kita perlu faham dalam zaman kini, sudah sampai waktunya rakyat Sabah perlu menerima hakikat penswastaan syarikat-syarikat utiliti dan perlu diterima semua pihak. Ianya bagi mencapai tahap semaksima terbaiknya dalam berkhidmat kepada rakyat.

Sabah khususnya, jika tidak kebergantungan syarikat-syarikat utiliti ini, akan menjadi perkhidmatan menjadi terhad dan khidmat maksimum tidak dapat direalisasikan dengan sebaiknya.

Walaubagaimanapun pengawasan dan penetapan terma-terma oleh pihak kementerian yang bertanggungjawab serta pihak Suruhanjaya Tenaga masih berterusan.

Saya melihat sudah ada keperluan SESB mempunyai ‘smart partner’ yang lebih baik, soal kemampuannya bagi meningkatkan tahap pengeluaran tenaga dari sumber-sumber baharu dan berteknologi tinggi.

Jika semua ini, dapat dilaksanakan tidak mustahil SESB untuk ‘stand tall’ dan menjadi independent, sebagai sebuah syarikat di Sabah yang mana pegangan kerajaan negeri Sabah bertambah besar dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Sabah.