spot_img
HomeSemasaKanak-kanak austisme hilang ditemukan selamat

Kanak-kanak austisme hilang ditemukan selamat

TUARAN: Seorang kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang sekitar jam 5 petang semalam telah ditemukan dalam keadaan selamat.

Mangsa yang berumur lapan tahun telah ditemukan oleh pasukan bomba dan penduduk kampung di kawasan semak yang berada sekitar 500 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada jam 9.42 malam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, kanak-kanak tersebut berjaya dikesan apabila terdapat orang awam yang mendakwa terdengar suara kanak-kanak menangis.

“Sebaik mendapat maklumat, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bergegas ke lokasi dan mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan selamat di kawasan sebuah restoran makanan laut di Gayang.

“Mangsa memaparkan kegembiraan sebaik saja bertemu dan memeluk ibunya.

“Kanak-kanak terbabit kemudian diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Tuaran untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelumnya, mangsa disedari hilang sekitar jam 5 petang hari yang sama oleh ahli keluarganya, sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular