spot_img
HomeSemasaSeorang maut, dua cedera kereta lori bertembung

Seorang maut, dua cedera kereta lori bertembung

LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 24 tahun maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah kereta jenis Toyota Vios bertembung dengan lori tiga tan sebelum terbakar dalam kejadian di simpang SK Sandau di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan jam 3.20 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dengan kekuatan lapan anggota bersama dua jentera FTR dan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi sejauh 37 kilometer.

Menurut Komander Operasi, PBK I Mohammad Suait Mohammad, sebaik tiba di lokasi jam 3.45 petang, didapati sebuah kereta terbakar 100 peratus akibat pertembungan dengan lori tiga tan.

Bomba berjaya memadam api yang memusnahkan kereta mangsa.

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos jenis Hose Reel dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya jam 4.28 petang sebelum operasi ditamatkan 10 minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, tiga mangsa terlibat dalam kejadian tersebut, seorang pemandu Toyota Vios yang berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Keadaan lori yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

“Difahamkan, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum kereta yang dipandunya terbakar.

“Dua lagi mangsa yang menaiki lori tiga tan masing-masing berusia 34 dan 24 tahun mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital oleh pihak ambulans KKM untuk rawatan lanjut. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular