Kuala Lumpur: Pasukan hoki wanita Sabah hanya dibezakan satu mata dengan Pahang untuk melayakkan mereka layak ke suku akhir. Kelebihan yang dimiliki Pahang telah menutup ruang para pemain hoki sabah untuk meneruskan perjuangan dalam kejohanan TNB Abdul Razak Cup.
Yahya Atan, jurulatih pasukan hoki wanita Sabah berkata bahawa komitmen yang diberikan oleh pasukan berada pada tahap yang baik. Beliau gembira di atas kemenangan ke atas Negeri Sembilan semalam.
“Ya, walaupun kita menang dengan Negeri Sembilan, pasukan Sabah tidak layak ke pusingan suku akhir kerana kurang 1 mata dibezakan dengan Pahang. Sabah 3 perlawanan kutip 4 mata, Melaka 7 dan pahang 5 mata”
“Persembahan yang ditunjukan sepanjang kejohanan sangat positif walaupun tidak dapat tempat terbaik di peringkat kumpulan. Kami perlu berusaha utk perbanyakan lagi perlawanan persahabatan” katanya.


