spot_img
HomeSemasaADUN Tamparuli sumbang tangki air kepada penduduk Kg Monggis

ADUN Tamparuli sumbang tangki air kepada penduduk Kg Monggis

TAMPARULI : Datuk Jahid Jahim selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, telah memberikan sumbangan tangki air kepada beberapa keluarga di Kampung Monggis, semalam.

Sumbangan bantuan tersebut diadakan di Pondok Riadah Awam Tamparuli, sempena program Riadah Santai Menteri Bersama Pemimpin Masyarakat Tamparuli.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Monggis, Naim Dalansu berkata tangki tersebut merupakan kegunaan bagi menyimpan air kepada lebih kurang enam keluarga yang tinggal berhampiran.

“Sebelum ini, Datuk Jahid dan beberapa pemimpin masyarakat telah datang membuat lawatan ke Kampung Monggis dan melihat sendiri keadaan tangki rosak di kampung tersebut,”tambah Naim.

“Masa lawatan itu digunakan untuk membuat permohonan khusus kepada Datuk Jahid,”tambah Naim lagi.

Naim Dalansu sangat berterima kasih dan bersyukur atas keprihatinan Datuk Jahid menghulurkan bantuan.

Sumbangan bantuan yang diberikan

“Sumbangan  tersebut akan memberi manfaat kepada ramai keluarga di kampung ini,”tambah Naim.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid berharap sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik yang mungkin oleh penduduk di kampung tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular