spot_img
HomeSemasaSabah FC sasar kedudukan lima teratas dalam Liga Malaysia

Sabah FC sasar kedudukan lima teratas dalam Liga Malaysia

KOTA KINABALU: Sabah FC menyasarkan kedudukan lima teratas dalam persaingan Liga Malaysia 2022 yang dijadual bermula awal Mac depan.

Menurut Pengendali Sabah FC, Ong Kim Swee, walaupun pasukannya sudah bersedia 70 hingga 80 peratus, namun beliau tidak mahu terburu-buru mencapai sasaran itu sebaliknya menginginkan setiap pemain fokus dalam setiap perlawanan.

“Saya berharap Sabah FC mampu mencapai lebih daripada apa yang disasarkan sekali gus melakar satu kejayaan terbaik pada musim ini,” katanya selepas pelancaran Jersi Sabah FC di Kota Kinabalu pada Sabtu lalu.

Mengulas kesebelasan utama menjelang Liga Malaysia menentang Negeri Sembilan FC, beliau berkata, barisan utama belum dapat disenaraikan kerana adanya masalah kecederaan dalam kalangan pemain.

“Saya percaya keserasian dalam kalangan pemain akan bertambah baik, sekali gus memudahkan kita memilih kesebelasan utama nanti,” ujarnya.

Terdahulu, perlawanan pertama Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) Sabah FC tewas kepada Kelantan FC dan seterusnya menang menentang Sarawak FC. Kemudian, Sabah FC menang ketika bertemu Kedah FC dan ia menunjukkan satu disiplin yang baik meskipun tanpa pemain-pemain utama.

Hasil daripada perlawanan sebelum ini pasti memberi motivasi kepada semua yang terlibat dalam Sabah FC dan mampu mencipta kejayaan untuk pasukan Sabah dalam mengharungi musim liga baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular