spot_img
HomeSemasaPerlawanan persahabatan antarabangsa di Jakarta, input berguna kepada pemain Sabah FC

Perlawanan persahabatan antarabangsa di Jakarta, input berguna kepada pemain Sabah FC

KOTA KINABALU: Tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di Indonesia telah memberi banyak pengajaran dan pendedahan kepada barisan pemain Sabah FC dalam mempersiapkan pasukan untu meneruskan saingan Liga Super dan Piala FA selepas ini.

Ketua Jurulatihan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata pasukannya yang memperoleh satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan menerusi tiga perlawanan persahabatan itu dilihat cukup baik dan berkualiti.

“Pasukan Sabah FC juga jelas dapat memperbaiki corak permainan dan mengekalkan momentum para pemain.

“Apabila bermain dengan mana-mana pasukan sekalipun, sudah tentu ada kelemahan dan saya akan memastikan kesemua kelemahan tersebut dapat diperbaiki dalam seminggu ini bila kita pulang ke Kota Kinabalu nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SABAH FC

Menurut Ong Kim Swee juga, dalam perlawanan menentang Persiba Balikpapan, mereka telah mensia-siakan banyak peluang manakala pemain juga tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan bila bermain dengan mana-mana pasukan Liga Dua ataupun Divisyen Dua pasti mereka akan memberi satu saingan sengit.

“Bagaimanapun, persiapan untuk menentang Sri Pahang FC lebih penting kerana mereka juga mempunyai pemain-pemain yang cukup bagus apabila Liga Malaysia bersambung semula,” katanya.

Sebelumnya, Sabah FC berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Persija FC; tewas kepada Bhayangkara FC (1-2) dan seri 0-0 menentang Persiba Balikpapan pada tiga perlawanan persahabatan itu.

Sabah FC akan meneruskan perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang pada 18 Jun ini di Stadium Likas sebelum bertemu Selangor FC di Stadium MBPJ pada 28 Jun.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular